SOPHIE SWEET FUCK is the most short-lived band in Malaysia, ever. Played few shows and went disbanded without any single releases, not even a demo. This interview went unpublished for years until today. The interview was made in Malay. For those who unable to understand it, try Google translate. Have fun.
Tanduay Anggur memang kick ass!! Harapan aku Tanduay tidak akan dikomersilkan besar-besaran supaya punk-punk tempatan masih mampu minum. Sumandak-sumandak aku tak berpeluang mengenali dengan lebih rapat kerana masa aku banyak disia-siakan oleh janji-janji manis si Rico Arah Kiri. Landak ada la aku nampak dalam bas ketika dalam perjalanan ke Keningau.Perasaan ketika di Sabah ialah sangat teruja, maklumlah pertama kali naik kapal terbang. Man Beranak bukan main suka lagi.
Bear Brigade hanyalah kelab sosial tidak rasmi yang gemarkan berparti liar, karaoke and menari bogel. Kita telah melantik Wan Hazril sebagai presiden dengan undi majoriti total. Tiada sejarah penubuhan dan idea yang dipegang, kita belum mahu mendaftar dengan Jabatan Belia secara rasmi.
Hi, siapakah disana? Apa khabar? Boleh perkenalkan diri siapa yang menjawab sesi temuramah ini? Kalian lagi sibuk dengan apa di waktu ini?
(Ci Chaan) Hello Ian. Ini Ci Chaan menjawab temuramah kau bah. Buat masa ini aku tengah sibuk makan keropok udang. Kau apa khabar? Sihat? Dah mabuk ke belum? Maaf lambat ya bah, baru lepas kemalangan.
Kenapa SOPHIE SWEET FUCK? Apa yang menarik ada dengan nama itu. Gimik? Macam mana boleh terfikir mahu menggunakan nama itu sebagai nama band? Boleh ceritakan panjang-panjang mengenai sejarah penubuhan band ini dari awal hingga kini?
(Ci Chaan) OKlah aku terpaksa mengaku yang nama Sophie Sweet Fuck tu tak sedap langsung. Tapi nama tu macam menarik jugak apa, kalau pendekkan akronim dia jadi SSF. Macam kedai perabot. Jujur aku bagitau aku tak pernah pun terpikir nama ni. Aku rasa Zairi yang bagi, sebab dia memang hardcore fan Sophie Sweet ni. Sejarah penubuhan band ni takdala apa sangat yang dramatik. Dia macam cerita M Nasir pergi KL la, lepas tu jadi penyanyi. Bezanya ni kitorang pergi ke Sunway lepas tu buat band. Dan juga kitorang ni semua kacak dan tampan la. Lepas tu pergi Sabah balik terus berpecah. Kejutan naik kapal terbang agaknya.
Saya pernah melihat kalian perform 1-2 kali dan ternyata kalian bukanlah seperti band HC/punk tipikal yang sedia ada. Maksud saya kalian mempunyai identiti tersendiri.Melalui pendengaran saya, musik yang kalian bawakan lebih kepada pyschedelic blues punk. Apa yang menginfluencekan band ini? Apa yang kalian ceritakan dalam setiap lagu SSF sebenarnya? Bila mahu rilis material?
(Ci Chaan) Kami cuba untuk menjadi kumpulan muzik yang berbeza dari apa yang biasanya ada di Malaysia ini. Yang mempengaruhi band ini cukup banyak. Antaranya minuman keras, lawak jenaka keterlaluan, filem lucah dan Zairi. Antara banyak kugiran-kugiran yang mempengaruhi bunyi kumpulan tak berguna ini adalah Gang Green, Fucked Up, Peligro Social, Skitkids dan Belack Flag. Kami ceritakan semua perkara yang mempengaruhi kami termasuk 1 lagu khas untuk Zairi, Unutuk makluman, belum rilis material lagi dah berpecah, maklumlah semua pemuda-pemuda yang pemalu.
Saya tahu ada diantara kalian punya band lain. Boleh share story sedikit mengenainya? Disamping itu ada siapa-siapa diantara kalian yang membuat zine, record label, etc? Adakah kalian semuanya bekerja? Sebagai apa? Apa yang dibuat diwaktu lapang? Kalian juga consume alcohol dan benda-benda yang nda halal?
(Ci Chaan) Aku masih bekerja sebagai hamba abdi di sebuah syarikat telekomunikasi. Pada masa lapang aku gemarkan aktiviti yang mencabar seperti permainan strategi dan membaca novel. Selain itu aku menulis untuk zine Dead Pigs bersama Hatta, dan menjalankan label kecil kecilan Atonal Microtonal. Kesemua anggota lain sudah bekerja kecuali Faiz yang masih menuntut. Panjang ceritanya tentang kerjaya ini. Pada masa lapang mereka semua gemar menari bogel tanpa sebab. Wan juga beraksi untuk Crimescene, Skitsofrenia dan juga Dead Symphony. Hanif dengan Dead Symphony. Yang lain tiada. Dahulunya Wan juga bermain untuk SMG, Nyiblorong, dan Suara Anak Muda. Zairi bersama Suara Anak Muda. Hanif bersama Banzai 606. Aku dan Faiz bermain dengan kumpulan yang tak terkenal langsung Suicide Me Not. Kecuali Zairi kami semua consume alkohol, asalkan didapati dengan usaha sendiri tiada benda yang tidak halal bagi kami.
Baru-baru ini SSF ada melakukan tour ke Sabah bersama dengan 3 lagi band dari tempat kalian bukan? Jadi apa pendapat kalian mengenai Sabah? Ada yang menarik? Boleh komen tentang “TANDUAY ANGGUR”? Sumandak-sumandaknya? Perasaan saat berada di sabah bagaimana?
(Ci Chaan) Sabah memang best gila. Haritu kita ada bercadang nak menetap terus di Sabah, tapi memandangkan minggu depannya Crimescene ada gig kat KL, jadinya kitorang cancel lah. Nak buat macamana dah berjanji, inilah padahnya suka berjanji. Pada aku, Sabah memang cantik. Lagi-lagi kitorang semua main dapat kat Keningau, dapat jugaklah tengok-tengok sekitar Sabah. Tapi sebenarnya apa yang paling menarik pada aku ialah komuniti HC/punk di Sabah. Selain itu Sabah juga beruntung kerana memiliki Akhdan. Rambut kerinting dia yang unik itu buatkan Sabah tambah menarik.
Tanduay Anggur memang kick ass!! Harapan aku Tanduay tidak akan dikomersilkan besar-besaran supaya punk-punk tempatan masih mampu minum. Sumandak-sumandak aku tak berpeluang mengenali dengan lebih rapat kerana masa aku banyak disia-siakan oleh janji-janji manis si Rico Arah Kiri. Landak ada la aku nampak dalam bas ketika dalam perjalanan ke Keningau.Perasaan ketika di Sabah ialah sangat teruja, maklumlah pertama kali naik kapal terbang. Man Beranak bukan main suka lagi.
Saya sangat suka dengan porno movie. Bagi saya ianya adalah seni dan sangat sarkastik. Kalian? Suka atau tidak? Alasannya? Kadang-kadang pun boleh timbul situasi seksis dalam porno movie ni. Menurut kamu? Apa kebaikkan melancap? Dosa kah tu?
(Ci Chaan) Subjektif. Kalau kami tak suka kenapa nama bandnya Sophie Sweet Fuck? Tapi sebenarnya Zairi yang paling suka. Oleh kerana dia ketua band, kami ikut je lah. Tak baik melawan. Tiada alasan untuk menonton porno. Kami semua manusia. Seksis? Pada aku kalau hendak dimasalahkan seksis disini, setahu aku ada juga wanita yang menonton porno. Ada juga homosexual punya porno. Untuk heterosexual porno, dua dua pihak ada berlakon. Jadi seksiskah itu? Bak kata pepatah – dimana ada kemahuan disitu ada jalan. (Aku harap Zairi suka aku guna pepatah) Sangat subjektif, kalau kamu rasa ianya seksis atas alasan kamu, jadi elakkan tonton lah. Seks pun ada industrinya. Ada yang terpaksa, ada yang sukarela. Diluar kuasa kita untuk mengetahuinya. Melancap dapat mengelakkan jenayah yang tidak berpatutan seperti rogol. Samada dosa ataupun tidak itu, aku lebih suka letakkan diatas kepercayaan masing-masing.
”MAKING PUNK THREAT AGAIN”. Saya rasa hampir mahu muntah dengan perkataan ini. Bagi saya punk nda akan menjadi ancaman selagi hanya banyak cakap tanpa ada sebarang aksi langsung.Pendapat kalian tentang hal ini? Adakah dengan muncul di kaca tv dan di sponsor koporasi besar merupakan 1 bonus point yang dimaksudkan sebagai ancaman? Boleh terangkan bagaimana punk itu adalah ancaman dan macam mana kita boleh buatkan punk itu betul-betul sabagai 1 ancaman? Bagaimana pula dengan “MYHC”?
(Ci Chaan) Subjektif. Punk memang banyak idea yang menolak namun ianya bergantung kepada definasi anda sendiri. Kalau kamu ingin jadikan sesuatu perkara sebagai kenyataan, jadi lakukan lah. Secara jujur, kami sendiri pun bukan ancaman kepada sesiapa kecuali Zairi yang boleh mendatangkan ancaman untuk memarahi kami atas masalah disiplin. MYHC bukan suatu institusi ancaman, pada pendapat aku.
Bagi kalian,adakah hardcore punk yang mengubah kehidupan kalian atau kalian mengubah kehidupan kalian melalui HC/punk itu sendiri? Boleh terangkan maksud “hippies” dan gaya kehidupan seorang hippies?
(Ci Chaan) Kedua duanya. Masing-masing kita boleh fikir dengan kepala otak yang ada. Mana satu yang lebih penting tak penting. Apa yang penting adalah apa yang kita rasa penting dengan kehidupan. Hippies kau boleh google bah. Itu terlalu am.
Blog vs zine, surat pos vs myspace, mp3 vs tape, etc.Pandangan kalian mengenainya secara pro dan kontra? Kenapa anda berkata begitu?
(Ci Chaan) Sama sahaja. Tiada pro dan kontra. Asalkan matlamatnya untuk menyebarkan idea. Kalau kita mahukan sesuatu kitaakan berusaha untuk mendapatkannya. Perihal VS ni pada aku cuma hanya alasan.
Apa yang kalian faham dengan maksud “KOLEKTIF”? Adakah kalian mempraktikan budaya kolektif dalam kehidupan seharian? Siapakah gerangannya “BEAR BRIGADE” tu? Ceritakan tentang sejarah penubuhan dan idea yang dipegang hehe
(Ci Chaan) Kolektif adalah satu organisasi bebas yang bekerja bersama-sama untuk kepentingan atau tujuan bersama. Kalau nak dikira budaya kolektif ini berlaku di mana-mana, asalkan wujud kesepakatan dalam sesuatu hal. Dalam kehidupan seharian rasanya sesiapa sahaja pun akan secara langsung/tidak langsung mempraktikkan budaya kolektivisme selagi mereka tidak bersendirian. Contohnya kalau secara kumpul duit sama-sama untuk beli minuman itupun sudah dikira gerak kolektif. Tak semestinya kolektivisme itu berkait dengan aktivisme, walaupun nampak sinonim.
Bear Brigade hanyalah kelab sosial tidak rasmi yang gemarkan berparti liar, karaoke and menari bogel. Kita telah melantik Wan Hazril sebagai presiden dengan undi majoriti total. Tiada sejarah penubuhan dan idea yang dipegang, kita belum mahu mendaftar dengan Jabatan Belia secara rasmi.
Listkan 5 band, 5 zine, 5 makanan, 5 minuman alcohol dan 5 situasi yang paling dibenci sekali. Kenapa dan mengapa? Apa yang boleh kalian sifatkan SSF dalam 2 perkataan?
(Ci Chaan) Band(s) = Fucked Up, The Vicious, Annihilation Time, Black Flag, Gang Green
Zine(s) = Downsided, Distort, Dead Pigs, Ripping Thrash, Avow
5 makanan = Murah, Sedap, Banyak, ______, ________ (tolong isikan)
5 minuman alkohol = Tak, Kisah, Lah, Janji, Mabuk. Cukup 5 kan?
5 situasi yang paling dibenci = Lapar. Lagi 4 situasi yang seterusnya juga berkait dengan perasaan lapar.
SSF dalam 2 perkataan = Band Zairi
Ganja dan arak 1 kombinasi yang sesuai bila? Bersedap? Bogel? Atau?
(Ci Chaan) Memancing, kerana ia membuatkan masa berlalu pantas.
Sebarang kata-kata akhir? Macam mana hendak menghubungi SSF? Terima kasih.
(Ci Chaan) Terima kasih atas temuramah ini. Maaf la ye jika tidak memuaskan hati. Jika ada sebarang komplen boleh hubungi Zairi. Cara untuk menghubungi SSF rahsia. Jika ada sesiapa yang ingin berkenalan atonalmicrotonal@gmail.com. Kepada kawan-kawan di Sabah, tolong bantu Akhdan sikat rambut ya. Jumpa lagi bah.